Pusat Sumber Mozac
Pada 14 April 2009 telah bermulanya program "Love Books Week".Program ini diadakan selama seminggu. Antara aktiviti yang diadakan ialah Spelling Bee bagi tingkatan 1,2,dan 3 , Speech Contest bagi tingkatan 4 dan 5 serta pertandingan Choral Speaking antara kelas tingkatan 1.
Pertandingan Spelling Bee
Pertandingan Spelling Bee diadakan di Pusat Sumber.Pertandingan ini mengandungi dua sesi iaitu sesi bertulis dan sesi lisan.Ianya diadili oleh Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 2 Keputusannya ialah:
Tempat pertama Spelling Bee: Nurul Syafiqah binti Zamzurin
Tempat kedua :Muhd. Nabil bin Salim
Tempat ketiga :Nazrin Putra bin Rasol
Pertandingan Speech Contest
Bagi pertandingan Speech contest,ianya diadili oleh Puan Wan Hailah Binti Wan Yahya. Pemenangnya ialah:
Tempat Pertama:Muhd. Azfar bin Adam
Tempat Kedua :Girinivashini Gayatri
Tempat Ketiga :Azli Hisham
Pertandingan Choral Speaking
Bagi Choral Speaking,ianya telah diadili oleh Miss Ivy Foo dan Azfar Adam dari tingkatan 4
Keputusannya ialah :
kelas 1 Sigma dengan tajuknya "Superstitious"
kelas 1 omega dengan tajuknya"Financial Disaster"
kelas 1 alpha dengan tajuknya"Let's Read"
kelas 1 beta dengan tajuknya"Animal Habitat"
Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat baik secara lansung maupun tidak lansung serta guru-guru yang terlibat.
Pusat Sumber Mozac
Tanamkan sikap membaca. Leaders are readers!Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya…Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta)Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!